test-post2

DATUK AZIH BIN MUDA
Presiden CUEPACS

CUEPACS yang mendukung slogan ‘’kebajikan dipelihara, produktiviti ditingkatkan’’ telah mengorak pelbagai langkah efisien dalam meningkatkan kualiti hidup para Penjawat Awam selaras dengan produktiviti negara. Menyedari kepentingan kesihatan dan perlindungan diri yang menjadi asas kepada kualiti hidup serta produktiviti, CUEPACS bermatlamat memastikan setiap warga Penjawat Awam memiliki sekurang-kurangnya satu perlindungan takaful agar mereka sentiasa bersedia menghadapi sebarang musibah.

Dalam usaha merealisasikan matlamat CUEPACS, Medicare telah mewujudkan Program Keusahawanan myCUEPACSCare untuk mempromosikan Perlindungan Takaful kepada setiap warga Penjawat Awam di Malaysia.

CUEPACS mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya dalam merealisasikan matlamat ini.

“Pekerja sihat produktiviti meningkat”
“Pekerja cemerlang rakyat sejahtera”

Leave a Reply